Friday, May 23, 2008

KL~Jakarta~Bandung~KL...


Tarikh : 18 ~ 21 April 2008
Tempat : KL ~ Jakarta ~Bandung ~KL
Tajuk cerita hari ini dalam sejarah: aku amik cuti untuk bercuti.

Naik AirAsia jee..aku duk kat seblah wings kiri kapal terbang ni.

Sila baca menggunakan intonasi dan dialek yang betul..^_^

Sampai Jakarta makan nasi padang. Tapi aku tak sukeeee makanan ni sebabnye ade daging dan ayam kampung.aku hanya mampu telan sayur pucuk ubi ngan sambal kacang sahaje.

Cik Hanna sedang tunggu bas Rapid no.52 atau Metro nak balik Kg. Dato' Keramat, KL.

Aku ternampak kicap terbang kat Jakarta. Jenama Mee Sedaap they like it...Ini ntah ape name ntah. tapi kat Bangkok dulu aku panggil tut tut..huhu.

Rombongan Cik Kiah beramai-ramai ke Indon. Nama tempat ni Takuban Perahu sempena bentuk gunung ini seperti perahu pecah.

Kali terakhir gunung ini meletus pada tahun 1969. Posingg maaauuttt dulu. Sesiapa yang putus cinta, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat penerjunan mangsa-mangsa putus cinta.

Ramai sangat orang kat sini yang jual sate kelinci(arnab)....adakah anda sanggup makan haiwan yang secomel itu?oohhh tidaakkk!!

Nenek ini cakap marilah makan dengan gue..tapi gue nggak ada uang untuk beli nasi kecuali makan sate kelinci..marii sayanggg..mariii....

Buleh plak terjumpe pelakon Irma Hasmi kat sini. Dia sedang bercuti satu family kat situ...

Thursday, May 22, 2008

Love is PRICELESS.


Aku rindu dia. Seriusly aku tak tipu. Tapi dia tak rindukan aku. Ape ke hal nyerr dia tak tanye kabar aku?Hah?dia kuar ngan orang laen? affair dia byk sgt ke sampai aku kena amik no.giliran nak jumpe dia? perlu ke buat appoiment? Aku bungkam. Jiwa aku kacau. Ya Allah...


Semalam aku terlalu penat. Penat fizikal dan mental. BANYAK dugaan tanda Allah sayangkan aku. Tapi semalam pelbagai perkara yang aku pelajari. Terlalu banyak. Semalam aku pergi event Preview Drama Jangan Maen Belakang arahan David Teo untuk tayangan Astro. Jue Aziz, Fasha Sandha, Adiputra, Khaty Azean, ramai lagi laa...Majlis diadakan kat Laundry Bar, The Curve jam 3 pm. Suasana macam tengok wayang siap popcorn. entry akan datang aku upload pixturez pasal event tu.


Event : PENYAMPAIAN HADIAH ABP-BH 2008
Tarikh: 20 May 2008
Masa : 5.00 pm
Venue: Palace Golden Horses, The Mines, Seri Kembangan.




LOVE HIM OR LEAVE HIM?penaatttt arrrr camni nak pikir..mencih tulll!!



Mood: TAK OK.. Toksahh tanye naperr... Lu pikir lah sendiri, beb!

Monday, May 19, 2008

Semalam di IKEA.




Konsert Akademi Fantasia(AF) Semi Finale.

Smalam(ahad,18 may) aku kepenatan yg terlampau keje malamnye amik gamba AF. Dengan penyingkiran Stanley, bagi aku lelaki bersuara soprano itu menyebabkan nadia masuk finale. Aku tak menyokong sesiapa pun. Bagi aku, kalau perangai teruk tapi suara bagus, mereka tak kemana. Dunia hiburan kat Malaysia ni kecik jee.. jumpe wartawan yang sama saja setiap event...kalau media dah tak suka,jangan harap nak publisiti lebih-lebih...katanya..

.....itu pasal AF sabtu lalu..


Ahadku bersama Melodi dan IKEA.

So,pagi aku bangun kul 10 arr...huhu. Bangun je,umah kak effa riuh. Kehadiran mak dan pak mertuanya sejak petang sabtu buatkan rumah tu kecoh. Aku wat biase jee..Kak Effa cakap arini nak pegi Taman orkid. tapi aku cam malas nak jenjalan..penatlah..memilih utk berehat lebih baekk sambil layan Melodi tengok muke kak Mitchele ngan si Azmi.huhu.


Pastu kemas bilik..tetiba teringat si molot bising nama Mazly tu. Ajak dia kuar makan tapi dia nak gi opis dulu amik work coz esok PDF. So, dia datang amik aku. Aku decide nak makan kat Makan Inn, Desa Sri Hartamas tapi jam baru kul 4.30pm,so kedai x bukak lagi. Terus kitorang pegi Tom Yam Vuchuda,kat Damansara. Oleh sebab aku teringin nak jalan-jalan tanpa kuar duet time tengah bulan ni,kitorang pegilah IKEA.

Baru sampai nak parking, Zezrin@Erin call. Katanya rindu nak jumpe aku. Aku cakap aku kat IKEA. dia pun dah memang kat situ gak. But with Sofea,then her step mom,her dad and her step brother.. Banyak aku tau pasal Erin ni. Kami kenal since study lagi..but she takes Grafik and aku pHoto. Banyak aku belajar erti hidup ni. Cumaa...walau sekaya,sebijak mana pun kita tapi jika tiada kebahagiaan dalam hidup ini,maka sampai bila pun kita tidak akan tenang..

Sambil berceloteh,kami berempat(aku,erin,mazly ngan sofea) cuci mata kt Ikea. Banyak kami bualkan temasuklah kakak Erin yg kat UK tu nak kawen next month ngan mat salleh sana. Eventho ayah Erin tak tahu akan hal ini,tapi bila papanya dapat surat mewalikan anaknya kepada hakim di UK, papanya enggan tandatangan. Tambah Erin lagi,setelah berjumpa dengan pihak mahkamah, jika sudah tamat 3 minggu tetapi masih tak tandatangan, AUTOMATIK kakak Erin akan berwalikan hakim..

Aku hanya mampu mendengar. Familynya berantakan dek orang ketiga. Ayah pula tak merestui cinta si anak. Aku bermohon padaMu, moga hubungan aku dengannya direstui mama. Tapi...terlalu banyak halangan dan dugaan. Aku hanya mampu tawakkal sahaja.

Lepas makan2 karipap sedozen+air yg bleh refill banyak kali kat situ, kami berpisah membawa haluan memasing. Dia memberi 'dateline' padaku bulan October. aku rase aku tak punya masa lagi..lagi 5 bulan lagi untuk aku bersedia. Bersedia untuk kuruskan badan. Haha.jika tak, Selamat Tinggal HAAGEN DAAZ...ooowwwwhhh tidaaakkkk!!!

......itu cerita semalam...

Dan arini aku bangkit awal. Lepas breakfast mee hoon goreng yang abg helmi beli kat bawah, aku pegi opis. sebelum tu, sempat aku melayan kejap si Airel yg dah jadi budak botak. Kadang2 aku panggil aje si Bulat. hahaha. tetap comel macam auntie nya gakk..huhu.

Jalan KL lengang. Aku suka. Kan bagus hari-hari camni..tak tension semua orang nak pegi keje.huhu. Ekceli hari ni hari wesak. so kire public holiday tapi opis aku tak cuti. malang tull...huhu.lepas upload gamba AF aku dah kebohsanan mendewa walaupun keje banyak. setakat bukak Frenster, myspace, email,itu antara tugas harian aku.Mood cuti ade lagi.huhu.mungkin arini tak kemana2 selaen menghabiskan masa kat FF tu sambil cuci mata..haha!

dahlaa...nanti aku rajen lagi aku taip..nak gi makan..WALAUPON POKET KERING...hahaha!

+suke lagu Ferhad yang baru...tapi tak tau tajukkk.

Saturday, May 17, 2008

Mai Nem is VENUSIA HANNA. ^_^




Holla....I have a new 'baby'....yahoo!!! atlast berjaya gak create blog. Terlalu bz nak menghadap komputer so banyak curahkan idea kat diary bawah bantal jeee..huhu.


Arini hari ape yg aku buat?


7.30am..

Bangun pagi..kire dh lewat gak lahh nak siaP gi keje..ala,hari sabtu,half day..masuk lambat..
Bekfast wat roti salut telor. Yelah, time tengah bulan camni, mesti save duett..huhu.
9.20am..
Aku dah lambat sgt bersiap...huhu. Today Jalan Semarak tak jem seperti hari biasa.. Yelah,hari sabtu..dan maybe most people amik cuti wesak skali so sume balik kampung. Dari Jln Semarak terus ke Jln Klang Lama menuju ke Puchong...opis aku..

Hampeh tul tepon pojie tak angkat...nak mintak dia tolong punchkan.. last2 tak angkat lak amoi tu. cuuiiihhhh!!pastu kak wan lak tepon sama gak x dpt call pojie.. Last2 tepon En.Nuar,editor URS..dia suruh datang umah dia amik kunci. bile aku turun dari opis, tetiba Che Dean pon sampai.. Nasib baik dia ade kunci opis.

Pagi ni aku cam biase on PC. website member aku http://www.budiey.com/ aku search dulu nak cari bace cerita2 baru kot ade event yg aku tak sempat pegi...manelah tau..tak semua event aku pegi kecuali by invitation jee..malam kang kena pegi dewan sivik, tengok AF semi final..bznyeee!!! bile ar aku nak berehattt lagii?

Tetiba tepon aku berdering...owhh...bestfren aku call,Hazry. Dah lama sgt aku tak jumpe dia. kali terakhir tahun lepas kottt...hahaha. Kami dah seperti adik beradik. Kenal sejak tadika lagi sehingga sekarang. Dia baru dapat kerja di Penang. dulu degree amik biotech. tak tahulah aku keje yg melibatkan sains2 ni aku tak brape suke sgt..huhu. Hampir terlupa aku last week dia ade ckp nak jumpe aku coz dia balik Seremban this week.. arini dia tepon ckp dia kat KLCC tengok wayang ngan Mahathir..boipren dia..xpelah..dlm kul 4 pm aku jumpe dia japp...


Oklah..have to go..nanti aku sambung story lagi..tata.


rgds,
+mamarazi terlampau+