Friday, May 23, 2008

KL~Jakarta~Bandung~KL...


Tarikh : 18 ~ 21 April 2008
Tempat : KL ~ Jakarta ~Bandung ~KL
Tajuk cerita hari ini dalam sejarah: aku amik cuti untuk bercuti.

Naik AirAsia jee..aku duk kat seblah wings kiri kapal terbang ni.

Sila baca menggunakan intonasi dan dialek yang betul..^_^

Sampai Jakarta makan nasi padang. Tapi aku tak sukeeee makanan ni sebabnye ade daging dan ayam kampung.aku hanya mampu telan sayur pucuk ubi ngan sambal kacang sahaje.

Cik Hanna sedang tunggu bas Rapid no.52 atau Metro nak balik Kg. Dato' Keramat, KL.

Aku ternampak kicap terbang kat Jakarta. Jenama Mee Sedaap they like it...Ini ntah ape name ntah. tapi kat Bangkok dulu aku panggil tut tut..huhu.

Rombongan Cik Kiah beramai-ramai ke Indon. Nama tempat ni Takuban Perahu sempena bentuk gunung ini seperti perahu pecah.

Kali terakhir gunung ini meletus pada tahun 1969. Posingg maaauuttt dulu. Sesiapa yang putus cinta, tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat penerjunan mangsa-mangsa putus cinta.

Ramai sangat orang kat sini yang jual sate kelinci(arnab)....adakah anda sanggup makan haiwan yang secomel itu?oohhh tidaakkk!!

Nenek ini cakap marilah makan dengan gue..tapi gue nggak ada uang untuk beli nasi kecuali makan sate kelinci..marii sayanggg..mariii....

Buleh plak terjumpe pelakon Irma Hasmi kat sini. Dia sedang bercuti satu family kat situ...

0 comments: