Monday, June 30, 2008

Best & TAK BEST KONSERT CORNETTO LOVE SPARK 2008

SABTU 28 JUNE 2008...

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku masih lagi teragak-agak samada mhu pergi atau tidak ke Konsert Cornetto dikala gaji belum pun dapat lagi tika ini. Ntah dimana Padang Merbuk pun aku tak pasti. Betapa bodohnya penganjur membuat konsert di tempat yg tak familiar lansung untuk dianjurkan konsert yang kononnya hebat sangatlah tu...cccuuuiiihhh!!



Aku dapat tau last minute yang hanya media paper,tV,yang punya pas sahaja dibenarkan masuk. Sedangkan yang laen tidak dibenarkan. Aku amat protes dgn sikap penganjur. Sedangkan mengapa waktu PC dulu beriya menjemput tapi bila konsert tak jemput pulak?mengong tull... Aku ckp kt Hana tak payah pegi je..sebabnya kita takde pas,so tak boleh masuk..Aku tanye Budiey,dia cakap nanti dia tanye camne nak dapat pas masuk tu. Si Fara Hype pun cam bengang je sebab hal ni. Atas usaha mr.Budiey berurusan dgn pihak mereka,kami akhirnya akan diberi pas juga apabila tiba disana nanti.



Jam 7.30 petang aku gerak ke sana. Melalui Jalan Parlimen aku belok ke kiri menghala ke Taman Tasik Perdana. Depan sedikit lepas traffic light,baru belok kiri lalu jalan kecil dengan papan tanda JLN.MERBUK.. Petang tadi hujan agak lebat. Aku yakin tidak ramai akan hadir malam ni. Kebiasaannya aku dibenarkan masuk untuk park keta yang dikhaskan untuk media. Akan tetapi mereka tak benarkan katanya hanya yang punya sticker saja dibenarkan park dikawasan yang disediakan. Lagipun parking didalam tu sudah penuh. Aku jadi bengang walaupun aku dan tunjuk pas media. Maka,terpaksalah aku park BNW aku kat atas bukit yang punyalah jauh...


Aku call Budiey tanya dimana mereka. Rupenya tengah berjalan dibelakang aku bersama Fara Hype. Kami terus ke tempt register. Security yg terlalu ketat siap anggota RELA lagi berada dipintu masuk. Dengan padang yang lecak akibat baru lepas hujan, aku melihat keliling...Ah, macam ramai sangat yang datang konsert malam ni...dah jam 8 lebih pun takdelah sampai seribu orang pun kat tengah padang tu. Then kena register lagi kat payung kecik lagi. Lepas register terus ke khemah untuk makan. Kelibat Kak Mitchele, Azmi, dan beberapa media laen. Aku ambil minuman yang disediakan. Oh tidakk...sirapnya teramat manis...melekat kat anak tekak aku. Makanan yang ada tersedia disitu antaranya ialah kueh mcm bendera, sanwich telur,dan beberapa kueh yang laen. Kak Mitchele yang serba pink terpakse datang walaupun tengah demam. Kesian dia...


YANG BEST.

  • Goodie bags. Diberinya camera FujiFilm yang pakai buang tu.. Camera kotak. Snap sampai habis filemnya pastu hantar kedai, cuci terus. Camera tu lepas pakai,terus buang. Ia juga dinamakan KAMERA-PAKAI-BUANG.huhuhu. Very the old skool.. Pastu dapat T-shirt saiz L, Wrist Band, Press Kit, Baju hujan. itu sahaja..




AKU-->DAFI-->GITA GUTAWA

YANG TAK BEST.

  • Takde pun makan ais krim free.

  • TERPAKSE MENAPAK JAUH NUN DIATAS BUKIT untuk ke konsert akibat keengganan organiser yg tak bagi park keta di kawasan yang disediakan.

  • Lepas konsert ade PC. Tapi media tak dibenarkan interview artis. Lepas ambil gambar artis-artis yang buat persembahan,tiba-tiba datang pulak security ala-ala macam elak rusuhan gitu masuk dalam khemah dan menyekat fotografer amik gamba seperti biasa. Reporter TV ke,paper ke,pun tak boleh interview diorang. Gile ahhh...!! Bukannya kitorang ni fans diorg pun sampai nak sekat camtu sekali. Dan yang pasti artis yang perform tu pun bukannya MARIAH CAREY sampai teruk sekali halang kitorang nak buat keje. Kalau camtu, apa guna kami datang kalau tak buat keje? Wasting time je klu stakat nak tengok konsert sebodoh itu jika tak bagi amik gamba mereka yang perform. Ade Mawi, Stacy, Mila, Gita Gutawa ngan Dafi je..Estranged entah kemana hilang.

  • Setelah media sume bising, Barulah pengajur bagi kebenaran interview artis. Itupun Dafi dan Gita je...yang lain-lain tak dibenarkan. BENGONG punye penganjur. Macamlah artis-artis ni kitorang tak pernah jumpe beriya sekat-sekat pulakkk...cuuiihh!!

AWAL ASHAARI, STACY, DAFI, GITA GUTAWA, MILA, DAN MAWI...

Setahu aku lah, Gita Gutawa tu tak feymes pun kat Indon. Ini adalah kerana terlalu ramai sangat artis hinggakan mereka tak kisah pun artis ni. Sewaktu aku ke Jakarta dulu, aku cari juga CD cetrom lagu Marcel, Ressa Herlambang, Dewa, Ungu dan beberapa yang lain. Boleh tak tukang jual CD cetrom kat Mangga Dua tu cakap artis disini terlalu ramai, jadi nggak bisa cari nama-nama mereka. Dewa tu kenallah tapi yang lain-lain tak terkenal pun..Band-band yang konon perasan feymes kat sini pun org sana tak kenal sangat..kat Malaysia pulak nak berlagak Diva. Poyo tul diorang ni. Hahahahahahaha. ^_^


Event habis lebih kurang jam 11.30pm,aku hantar Fadhil(Mangga) ngan Fara balik ke Cheras dan Pandan Indah, aku pun terus je balik rumah dengan penuh kepenatan. huhuhu.



Thursday, June 26, 2008

PHOTOKU in memories...






Perasaan. Itu. Sedih.


WEDDING PACKAGE from VENUSIAHANNA!


SILA CLICK PADA NOTIS UNTUK VIEW LEBIH BESAR DAN JELAS.

Monday, June 23, 2008

Hari Ceria.Hari Sedih.

HARI CERIA.



Sabtu, 21 June 2008...


Aku ke opis seperti biasa. Bangun pagi agak lewat..biase ar..sabtu. Lepas jemput Hana kat Lrt Dato' Kramat, aku gi opis cam selalu. Arini takde plan..nak berehat je.. Sebabnya malam tadi aku 'dating' ngan cik Bad. Dia baru balik Bangkok. Hadiahkan aku cermin sakti... kat tempat lain tak jual. Kat Bangkok aje ade jual...spesel nih... Setiap kali bukak je cermin ni, pasti kena jadi macam cite Snow White tu...sentiasa muda dan canteq.(cehh..mcmlah aku ni tua...)..




Bad baru beli Laptop..Apple Imac tu...mahal siot! huhuhu. Dia nak gi tempat yang ade wireless.. Mula-mula kitorang lepak kat McD section 26 Shah Alam. Pastu beralih ke Pak Li Kopitiam kat area Khulafa, Shah Alam pulak.. Aku naik rimas bila sekumpulan budak2 kecik pakse sume pelanggan bagi duit kat diorang. Selagi tak bagi,dia takkan tinggalkan meja.. Masalahnya dah sorang mintak,kang yang laen pon mintak gak..hangin aku. Dah tu belum cite orang buta lagi..tapi orang buta ni lebih baikkkkk daripada budak2 kecik kurang ajar tu.. Memang dasar sindiket. Nak mintak derma mestilah IKHLAS...bukan kena pakse.adooiii...


Tutup cerita pasal budak-budak tu. Aku sebenarnye dah lama tak jumpa Bad. Banyak topik kitorang share.. U know, Sharing is Caring. Tapi yang pasti aku happy sangat malam tu...huhu. Okey,cerita balik ke opis. Arini aku burn CD je. Ekcelli aku patutnya kena cover event Dara.com anjuran KArangkaf. Oleh sebab-sebab tertentu,aku tak jadi pegi. Maka tengah hari tu kebetulan ade orang ajak gi Ulu Yam untuk bermandi manda ber'picnic' time poket ngah kering ni...huhu. Ape lagi, ajak Bad sekali...huhuhu. Dah masa untk release tension.Dah la sejuk gila air, betul-betul buat aku lupa semua kerja. Segala kepenatan drive keta, kerja,badan yang sakit-sakit...


Aku benar-benar happy petang tu. Malamnya kitorang singgah makan kat MAlis Char Kuey Tiaw, fevret hotspot aku..Bad plak first time datang. Malam tu orang ramai gile. Walhal baru kul 9 pm tapi beraturnya DAHSYAT. Sampai ke tengah jalan. Then borak-borak pastu Bad ajak gi Uptown Danau Kota. Paling Besar dan best kat KL ni.. Aku pulak baru first time tau..seblum ni aku hanya tau kat Damansra, Shah Alam, Cheras je. Then anta Bad balik dalam kul 12 lebih.


................................................................................


HARI SEDIH.


Ahad, 22 June 2008...


Aku bangun sangat lewat pagi ni. Sebabnya kepenatan yang amat sangat mandi kat Ulu Yam dan kenyang makan char kuey tiaw malam tadi. Aku berpisat-pisat menggosok mata dan tengok jam kat dinding dah pukul 10.30am.. Tengok handhone takde batery. Pegilah aku charge benda tu. Alah, hari Ahad. Aku tau patutnya pagi ni aku kena pegi Zoo Negara, cover event Fashion Show under Murai.com kul 9am tadi tapi aku dah tak larat sangat. Lagipun Hana tak pegi. So, aku decide nak pegi Ruums KL ade showcase HUJAN ngan malamnye ade Konsert RTM ade POP Shuvit, Hujan, Meet Uncle Hussein.
Pagi tu agak riuh. Kehadiran family Abg Helmi dan gelak tawa airel,si botak comey tu. Tapi tiba-tiba dia muntah. Tak sihat kot,fikir aku. Yelah,budak kecil, masih lemah antibodi. Kata Mak Mertua Effa, dia mungkin kena cacing. Entahlaa...esok-esok aku kahwen ade anak pasti berlaku benda yang sama gak. Lepas breakfast aku mencapai paper Mingguan Malaysia. Tengah dok baca paper, tiba-tiba jam 11 lebih ain telefon. Dia nangis-nangis..aku dah cuakk...katanya SERI MATI.

Aku bergegas bersiap terus aje capai kunci nak balik Seremban. Walaupun poket kering, setakat RM20 lepas ar gak nak balik. Tol ngan minyak je. Kak Effa pagi tu lagi dah cakap ingatkan aku balik Seremban semalam..bukan ke aku keje hari sabtu?dan bukankah setiap kali aku nak balik Seremban aku akan bagitau dia? Takkan everyweek mesti nak balik Seremban? Lainlah aku ni kaya, gaji beriban, sure konfirm takde hal hari-hari nak balik Seremban pun boleh. Aku abaikan benda tu. Bagi aku semua tu remeh. Tak payah sakit kepala nak fikir.


Lupakan Effa. Aku memecut keretaku. Dengan 'kelembabpan' manusia yang memandu seolah-olah makan angin pada hari Ahad di Jln Tun Razak, buat aku tension. Aku beristigfar banyak kali..tenangkan diri dan memandu seperti biasa.



Aku sangat terkejut bila Ain beritahu Seri kena langgar kereta jam 11 pagi tadi...







SERI. Kucing yang paling aku sayang sekali. Dia anak kepada Mimi. Adik beradiknya hanya ada Bebot sahaja. Itulah teman gaduhnya, teman bermain sesama mereka. Umur mereka baru setahun lebih. Seri ni sangat lincah bila bersama aku. Dia adalah kucing pertama yang akan sambut aku setiap kali balik Seremban. Tidak kira bila masa samada siang ataupun tengah malam. Antara Bebot dengan Seri, aku lebih sayang Seri. Jika aku layan Bebot lebih-lebih,dia akan jeles dan akan datang kat aku..Dia juga tau yang jika aku akan balik ke KL, dia akan temankan aku sampai kat tembok tepi pagar.


Aku memang agak sukar terima hakikat jika kucing yang paling aku sayang mati. Sebabnya kami semua dah anggap mereka sebahagian daripada ahli keluarga sejak kecil lagi. Biar orang nak cakap segalanya,tapi sesiapa yang membela kucing pasti akan tau perasaan itu. Kucing-kucing tu semuanya kami dah ajar, mandikan, beli susu tepung macam budak kecil,memberi makanan yang mewah-mewah seperti Frieskies, Whiskas, Iams, Royal Cannin, siap ade peruntukan untuk makanan kucing. Bila sakit,dibawa ke hospital haiwan di Jalan Jelebu. Semua family sebelah mama dan arwah abah tahu kitorang bela dan sayang kucing sangat. Malah hinggakan harga makanan kucing naik pun kami boleh sedar dan akan membelinya di Giant, berbanding di tempat-tempat lain. Ditatang bagai minyak yang penuh, begitu sekali kasih sayang kami terhadap binatang tersebut.



Setelah setengah jam berada di highway, aku sampai ke rumah tepat jam 1 petang. Sampai saja, Ain cakap Seri kat bawah pokok pisang belakang rumah ditutupi baju buruk. Aku lihat mukanya. Kesan hentakan di kuat di jalan menyebabkan kepalanya berdarah. Badannya panas mungkin bahang waktu tengah hai. Ain cerita Along yang nampak Seri kena langgar dengan sebuah kereta Naza Kia yang di bawa laju macam b**i! Mungkin bukan dari kawasan rumah aku. Tapi mama cerita pagi tadi sebelum mama ke Rantau untuk melihat kebun kami, Seri duduk di telefon rumah mengiau pada mama. Seolah-olah mahu memberitahu sesuatu. Malangnya dua jam kemudian dia di langgar oleh manusia yang tak bertanggung jawab, tak tahu undang-undang jalan raya bahawa kawasan taman perumahan tidak boleh bawa laju. Memang b***h & bang**t!




Memang aku maki hamun tapi semuanya tak berguna lagi. Seri takkan hidup lagi. Maka tiada lagi kucing yang akan sambut aku setiap kali aku pulang.. Cangkul dan tanah telah digali oleh Along. Aku mengangkat Seri sambil dilihat oleh Bebot, Dory dan Ain. Mimi entah kemana dengan Johnny.Along yang tolong uruskan sebab aku tak dapat tahan sebak waktu itu. Suasana agak mendung waktu itu seolah-olah memahami perasaan kami yang sedang bersedih. Selesai sahaja Along uruskan, hujan selebatnya turun dengan tiba-tiba. Akan tetapi tidak lama. Hanya lebih kurang 15 minit kemudian muncul kembali matahari dan panasnya hingga ke petang. Ah, aku fikir mungkin kebetulan ia terjadi kerana sekarang musim hujan.


Aku mencari Mimi,memanggilnya namun tidak muncul. Kemudian datang Cemong, adik Johnny yang sentiasa membawa diri entah kemana merajuknya tetapi akan pulang semula ke rumah seminggu dua tiga kali sahaja. Aku memeluknya erat. Aku terlalu sedih. Mama masak lauk kegemaranku, udang goreng dan cendawan masak sup. Paan pula cuba membuat resepi baru iaitu ais krim strawberry yang kiranya samelah jugak ais krim tu macam beli kat kedai..



Aku moody arini. Sedih sangat. Dahla malamnya aku pergi keje. Tapi kerja is the best medicine for me untuk lupakan segala masalah. Kebetulan sewaktu aku bersiap nak balik ke KL, kazen aku sebelah abah datang. Katanya lama sangat tak jumpa aku. Hahaha. Tapi mereka hanya datang singgah sebentar minum secawan teh sahaja. Mama cakap kalau penat tak perlu keje malam ni tapi aku cakap kerja baik untuk tenangkan fikiran...



Malamnya, setelah habis pegi event anjuran RTM yang sungguh tiada perubahan itu, aku tido seawal jam 12.30. Akan tetapi jam 4 pagi aku terjaga kerana mimpi yang pelik. Mimi batu nisan. Oh, tidak....terlalu kerap aku bermimpi yang bukan-bukan. Aku anggap ia sebagai mainan tidurku sahaja..



Aku pasti segala ketentuan Allah ini pasti ada hikmahnya... Amin.

Friday, June 20, 2008

This is DELICIOUS...yummy...yummy!!

Anda tengok pasti terliur...kerana semuanya sedappp...Lebih sedapp kalau kawan yang belanja kann??huhu. Tapi tak boleh selalu nak makan benda ni..kerana ia MENGGEMOKKAN. huhuhu. but i luv it..yummy..yummy!


Set FONDUE Haagen Dazs kat One Utama satu set RM 69.90 tak masuk tax.
Makan satu scoop yang kecik je dah penuh satu mulut...pastu cepat muak..tapi rase strawberry tu dengan coffee SANGAT SEDAP.


All the fruits were so Fresh sampaikan strawberry yang diorang serve adalah paling besar dan paling sedap aku makan...



Set dalam bulatan..boleh makan hingga 4 ke 5 orang..





Ni makan kat Planet Hollywood.








THE NAME THAT I CALLED F.R.I.E.N.D.S ^_^

Waktu gi event, inilah orang yang sama gakkk hadir pada setiap event yg dianjurkan. Reporter 'Diva' lain groupp...huhu.

Aku--->Budiey----> Azwan

EVENT ABP-BH 2008(taken from budiey) L-->R: Cik Bud, Kak Wawan, Azwan, Pian(URS), Aku, Ferry(Kosmo), Yati.


Lepas tengok movie, gi makan kat Secret Recipe. rambut megi->Reza Jomstar.com


ABP-BH 2008 Dinner Time @ Genting. Baju Merah : Iqram(Berita publishing),
tudung biru : Kak Aida

----------------------------------------------------
Ini adelah Bad(wat majalah LIBUR dulu arr..skang dah tukar magz Pengantin lakk)...huhu.


Wahai cik Bad....bile arr kite ni nak jumpe Prince Charming ekh?adoiii...

Ini Hazry Shereena dan adiknya Hazry Faizura. Kawan aku since tadika until now... kami sangat baekkk dan akrab seperti adik bradik. Cuma dia ni pakar sains lah coz amik Biotech kt USM dulu tapi skang dah keje kat lab..kat Penang. Bile balik Seremban je kami jumpe..becoz thats our hometown.

THEY KNOW MY NAME AND...



Thursday, June 19, 2008

I mishhh 'them'...



Rindunya aku pada diorang kat smban...huwaa...nak balik...bebott...mimi...johnny...seri...doryy..

Shuv It Laaahhhh...

Vote 4 them for MTV ASIA AWARD...tHey Do Deserve It!!! Plzzzz vote my frends...

Monday, June 16, 2008

Berkelana seharian di Melaka..

DINGIN DAN EMOSI.


Sabtu lalu aku pulang ke Seremban selepas pulang dari kerja. Itu sahaja arahku untuk menenangkan fikiran. Melihatkan gelagat 'anak-anak' aku yang terlompat-lompat kegirangan menyambut aku pulang iaitu Johnny, Bebot, Seri, Mimi & Dory, lalu aku pilih si Bebot yang gemok tu ku angkat,ku peluk dan ku piat telinganya. Si Bebot menahan saje sebab aku terlalu geram dengan dia,walaupun jantan tapi kuat makan, gemok dan kuat manja.. Hanya mereka tempat aku mengadu segalanya. Mereka seolah-olah lebih memahami apa yang aku rasa..


Kokokan si Pen, ayam seramaku menimbulkan kecoh seluruh umah. Ape taknya, dia boleh terlepas masuk kat dapur. Ape lagi, mama bisinglahh....diambilnya penyapu nak di pukul si kecik tu. Aku apa lagi, penyelamat si Pen terus aku tangkap Pen dan campak ke halaman. Alahai...ciann diaa..Aku terlalu penat. Kata mama, dia nak gi jemput Ain kat rumah Lia kat Paroi. Diorang sibuk buat Apple Pie. So aku yang kepenatan, follow jer lah..Berhenti jap kat kedai jahit Jenny, mama nak tempah baju. On the way nak ke Paroi, mama cakap esok nak gi Melaka, nak tau yang mana satu Hotel Puteri kat Ayer Keroh coz hari rabu mama ade meeting guru-guru kat sana. Oleh sebab aku pernah belajar kat Melaka, maka aku kenalah jadi 'driver' mak aku besok.


Malam tu aku dah teramat mengantuk sangat hinggakan cerita yang aku nak tengok pon aku dah tak boleh nak tahan mata ni padahal baru kul 10pm. Mungkin not enough rest, aku pos terus aje masuk bilik& tido. Tapi jam 2am aku dah terjaga..Rupanya Seri bising nak masuk bilik tido ngan aku...rindu sangat kot.huhu.


.................................................


Celik je mata jam 8.30am, mama dah bangkit panggil aku suruh mandi cepat gi Melaka. Badan aku masih sakit-sakit lagi tak cukup topup tido.huhu. Nasi lemak mama, sambal sotong, keropok, ikan masin, telur rebus tak nak kuning siap terhidang. Inilah yang aku rindukan setiap kali balik rumah. Nak mama jugak masak tak kiralah apa-apa pun lauk. Kerana mamaku pandai masak daripada bubur lambuk hingga ke sup tulang sampai ke laksa Johor, segalanya tau. Cuma dia kadang-kadang saje tunjuk bakat. huhuhu. Tapi anak-anaknye sume pandai masak jugakkk...Along expert makanan western, aku hanya makanan biasa saje, lauk pauk masak lemak tu okaylah..mee kari ngan spagetti pon okay lagi.. Paan expert daripada masak megi hingga ke BBQ dan Ain lebih kepada bakery macam apple pie dia yang sedapp tu..yummy..yummy...


Menghala ke negeri Melaka yang agak lama aku tinggalkan setelah habis belajar buatkan aku terkenang pada kenangan di campus. Banyak sangat kenangan, susah senang, kawan-kawan(entah mana mereka sekarang ni...) buat aku khayal sebentar ketika memandu. Yang ikut sekali ke Melaka, mama, ain dan auntie muslimah. Suasana hujan lebat diluar membuatkan aku kesejukan. Sampai di Ayer Keroh, aku terus mencari signboard ke Hotel Puteri. Ah, senang aje...
Lepas tol terus sedikit kat depan hingga nampak petronas seblah kiri terus aje belok kiri. Mama pun dan boleh tau camne nak ke situ. Kemudian mama cakap nak ke Jusco. Aku pun drive aje ke sana.. SALE gila babas...huhuhu. Ain mencapai satu dua blaous dan aku tak punya mood lansung hanya melihat-lihat saja. Mama tahu aku sedang bersedih. Aku memang tak boleh lansung nak pikir apa-apa...aku terlalu sedih,jiwa ku kosong sangat..Mama cuba ceriakan aku dengan cuba membelikan aku baju or anything yang aku nak tapi aku yang menolaknya..
Lepas lunch, aku ajak mama semua ke Klebang. Aku perlu laut..perlukan hembusan anginnya yang menenangkan. Setengah jam perjalanan aku terkejut pantai Klebang sedang ditambak. Terlalu cepat masa berlalu. Aku ters ke hadapan lagi hingga ke tempat aku selalu lepak dahulu. Aku berhentikan kereta, mama ngan auntie nak beli kupang 3kg bersamaan RM10. Aku memilih untuk lepak di tepi tebing sambil menghembus satu keluhan yng amat dalam...segala masalahku, aku curahkan pada laut.. Biar angin membawa segala kesedihan ku pergi buat selamanya....
Lebih kurang setengah jam, aku mengajak mama pegi pekena Kueh Udang Alor Gajah pastu terus balik Seremban. Kul 5.30 ptg sampai umah, aku rilexx dulu coz mama nak masakkan aku kupang yang baru di beli tadi..kul 7.30pm baru aku gerak ke KL dengan keadaan yang amat penat..Dan sampai rumah aku terussssss mencapai teddy aku dan tidor lah aku di buai mimpi bersamanya....
Dia cuba memujuk tapi aku nekad. Aku yakin dengan jawapanku..




Saturday, June 14, 2008

ENOUGH is enough...

I really have to let it go...my love life is OVER... I really have to ammend my guilt at him... Everything that I say, I did, alwayz wrong at him. Every word I said to him is Nothing..

Aku membelek SMS yang lepas-lepas sejak Anniversary kami yang ke-2..Pada waktu itu dia masih menggunakan nombor 016 lagi dan aku 012. Aku teringat yang dia mengatakan pada waktu itulah baru dia benar-benar sayang aku. Tapi, sejak itu Sms yang diberi hampir kesemuanya berbaur api marah.. Ada saja yang tak kena yang dia tak puas hati dengan aku.. Dan saban hari hingga waktu dan tika ini, kami bergaduh.. aku penat dan terlalu penat. Pasti dia pun begitu. antara kami sudah tiada makna lagi..yang ada hanyalah cebisan rasa sayang.. Masing-masing dah tak boleh faham keinginan masing-masing. Aku tak faham kenapa perlu ungkapkan sayang sedangkan dia beritahuku yang dia teramat membenciku?


Sampai bila aku perlu hidup dalam khayalan? Melewati McD setelah isi minyak di Petronas Wangsa Maju, aku mengimbas kembali kenangan kami dahulu. Itulah tempat makanan fevret dia selain tom yam..Aku mengingati segala apa yang dia suka dan tak suka. Pernah suat masa dahulu aku menghadiahkan dia sehelai baju baru berwarna biru. Akan tetapi aku jarang sangat-sangat melihat dia memakainya setiap kali kami bejumpa. Ah, mungkin dia tak suka dengan pemberian ku..


Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Aku sayang tapi aku seperti sudah nekad untuk lupakannya.. Aku perlu bangun. Terlalu ramai kawan-kawanku cakap sampai bila aku harus bersamanya.. Sampai bila aku harus bersedih? Memang aku tak nafikan setiap kali kami berjumpa, setiap kali itulah kami bergaduh eventho perkara yang kecil. Dia begitu marah jika aku menangis. Katanya,hanya perempuan tak guna sahaja menangis pada benda yang remeh.. Aku katakan padanya yang ibu dia pun begitu,tetap akan menangis pada perkara yang remeh.


Oh Tuhan, Kau berikanlah aku kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang...



Best I Ever Had (Grey Sky Morning)-VERTICAL HORIZON


So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring
Nothing's quite the same now
I just say your name now
[Chorus]But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't want me back
You're just the best I ever had
So you stole my world
Now I'm just a phony
Remembering the girl
Leaves me down and lonely
Send it in a letter
Make yourself feel better
[Chorus]But it's not so bad
You're only the best I ever had
You don't need me back
You're just the best I ever had
And it may take some time to
Patch me up inside
But I can't take it so I
Run away and hide
And I may find in time that
You were always right
You're always right
So you sailed away
Into a grey sky morning
Now I'm here to stay
Love can be so boring
What was it you wanted
Could it be I'm haunted
[Chorus]But it's not so bad
You're only the best I ever had
I don't want you back
You're just the best I ever had
The best I ever had
The best I ever

Venusia'>http://www.imeem.com/blackjack21/music/CHPHdHYg/oag_venusia/">Venusia - OAG

Friday, June 13, 2008

My Place @ tHe Office.

13 June 2008...

Today i'm okay but just a bit. Yups, maybe have enough sleep last nite. Malam tadi malam Jumaat. So kena baca Surah Yaasin lepas solat Maghrib..tiba-tiba timbul satu keinsafan dalam diri nape aku selalu lalai dalam mengerjakan ibadahnya...Hakikatnya, malam tadi aku khusyuk membacanya hinggakan airmataku mengalir di pipi...Aku jadi insaf apabila membaca terjemahannya..Sebak. Aku terfikir yang perjalanan hidupku semakin lama semakin jauh hingga aku tak pasti apa yang aku inginkan sebenarnya dalam hidup ini...


Teringat kata-kata lecturerku, Jika kita rasa kita sudah susah, ada orang lain yang lebih susah dari kita..Kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada...Alhamdulillah...


Hari ini hari Jumaat..Aku tak pegi event mana-mana kerana Bintang Hit bz dateline. Aku pula lepas jemput Hana terus ke ofis.. Boleh pulak arini black-out opis aku..dah penat nak naekk tangga hingga tingkat empat. Dahla datang awal. Kul 9 pagi dah sampai..Disebabkan black-out,maka aku breakfast dulu makan nasi dagang yang aku beli kat makcik bawah rumah tu..huhu. Then Hana ajak aku gi wat medical check-up kat UITM Shah Alam...aku on aje..coz aku tau patut tahu tahap kesihatan aku waktu ini...



Inilah desktop aku, meja aku yang hari-hari aku duk online kat opis... huhu.

PENUH deskstop aku ngan barang-barang free daripada goodie bag yang aku dapat hari-hari. Ni baru sikit..blum tengok yang lain lagi..adoiii....penuh sioott!



POSTER KUMPULAN CLICK FIVE yang aku dapat last week aku pegi cover event konsert ni..


POLAROID PHOTOS yang aku dapat mase mula-mula kenal kak Aida waktu Anugerah Skrin last year...



DATO' JINS SAMSUDIN dengan aku. Gamba baru nih..huhuhu. Sume stuff ni kat atas CPU aku...



1.00pm...

Aku dan Hana wat medical Check-up. The result hari Isnin nanti. Yang dah ada hanyalah Urine test aje.. Darah aku jenis B+ coz dulu aku pernah derma darah time belajar kat Uitm Melake thats why aku tau jenis blood aku...




Bengong betulll..tengah syok-syok taip nak update blog, tetiba black-out lagi opis nih...hangin tulll..ntah sape yang dok maen suis aku pon x tau...nasib baek aku dah save. Kalau takk, mau berapi badan aku jadi super saiya nanti..huhu..nasib baik tak lame,kejap aje. Kat bawah ni saje aku upload skali ucapan BIRTHDAY khas dari kak NAsha Aziz untuk aku..huhuhu.


Lastly, tadi aku baru dapat tau Bad,bestpren aku kat KKSB tu nak fly dah ke Bangkok malam ni...dia tanya nak apa2 takk..aku tak kisah...orang nak bagi,kita terima jeerrr...Have a Good Holiday Bad! Mishh U a lot dearrr...^_^

Thursday, June 12, 2008

Aku. Dia. Kamu.

12 June 2008...
Yesterday was not a good day for me.. I cannot lie through at my face that i'm happy.. I refused so many things in my life. Damn. How stupid I am.. i'm totally not ok.
Semalam hingga hari ini aku sering bermonolog dalaman. Entahlah. Aku bersendirian semalam. Tetapi hakikatnya aku berkata denganNya. Aku tau Dia bersamaku. Dia sering mengejutkan aku di waktu subuh kala azan berkumandang di surau berdekatan. Walaupun aku tido jam 2 pagi tapi waktu yang sama juga Dia sentap aku dari mimpi. Seperti biasa menyuruhku solat subuh sama seperti dahulu. Dia akan buatkan aku sakit kepala jika aku tarik selimut sekiranya aku malas solat subuh. Kerana waktu subuh adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa..
Semalam aku hanya pergi satu event sahaja. Sepatutnya dua. Oleh sebab harga minyak yg terlalu tinggi maka bajet aku hanya takat satu event sahaja. Aku tau minyak tetap naik kerana ia satu hakikat yang perlu di terima. Jadi, aku pergi ke Selayang Mall, PC OST I'm Not Single dengan Hana. Sampai jam 2 lebih, masih kosong lagi kerusi. Media Diva tak datang kot event sebegini. Kak akma tak dapat hadir kerana dateline Bintang Hit esok.
Para pelakon dah lama hadir kecuali Farid Kamil & Intan Ladyana kerana masing-masing sibuk shooting. Aku bergambaR dengan SENIORITA IN PHOTOGRAPHY field...
TIGA MAMARAZI YANG HOT...tapi yang tengah tu dah kahwen.huhuhu. Yang lagi dua ni masih menunggu Prince Charming masing-masing tiba dari langit.

DIA.
Semalam aku anta msg padanya. Minta dia dengar masalah aku tapi dia tak nak.aku bengang gile. Bila masalah dia aku bleh dengar dengan tenang. DIA TAK PERNAH MENGHARGAI AKU! Dia marah aku tinggi suara sedikit padanya. Sedangkan dia MAKI HAMUN MENCARUT SEGALANYA, dia tak pikir aku sakit hati gila dengan dia. Dia tak pernah pikir perasaan aku. Kalau org laen punya masalah,selagi boleh dia nak tolong. Tapi kalau aku? INIKAH NAMANYA SAYANG pada kau? bullshittt!!!!
# aku terlalu marah!!!!!

Dugaan Merindu - Camelia


Senandung hati mendayu

di dalam kesepian hatiku

mangalun rasaku padamu

merindu...


Dugaan datang bersilih ganti

namunku tetap jua berdiri

langkahku bagai tiada henti

mencari....


Oh Tuhan...

Terangilah jalan-jalan buatku

agar dapat ku temui kembali

pertemuan yang seindah mimpi...


Oh Tuhan...

Bukakanlah pintu-pintu yang tenang

agar jiwa tidak lagi dibalut

dugaan di dalam merindu...


Telahku cuba apa termampu

memberi yang terbaik selalu

yang kini lebih terserah

padamu...

Wednesday, June 11, 2008

What I know, What I see, What I get.

What I know, What I see, What I get.


WHAT I KNOW.

Rationally, i know what i'm doing now. As long as i'm happy and enjoy it,thats called LIFE for me. People alwayz say,"Hanna, can u stop doing your work just a while and Do have a rest?"... I said a big NO. I do love my job a lot. I can call myself as a Worcaholic. I need money to stay alive. Lagipun bukan aku wat keje jahat atau keje haram. Aku hanya mencari sesuap nasi, sebakul emas. Its normal if u stay at KL, u have to work. Find the money, have a property, then people will look at u. Kalau ko malas,tak nak keje,so duduk umah.

Aku berdiri kat sini kerana mama. Mama pesan beribu kali, kalau kita susah, takde duit,sape nak tolong?family jugak..so,so we back to the roots. Walau sebaik mane pun kawan kita tak kiralah dia selalu tolong kita pun tapi oneday dia takkan tolong kita gak..kita harus usaha sendiri, jangan sesekali berhutang kerana kita pasti takkan hidup dengan aman. Jadi, kerja adalah benda utama yg wajib buat dalam erti mencari rezeki yang diredhai.


WHAT I SEE.

Everyday I saw a different things in my life. Start keluar dari rumah sahaja,aku turun lif dari tingkat 6, melangkah keluar dari lif, menoleh seblah kanan di barisan parking kereta, makcik jual kueh sedang berborak bersama pembeli yang lain. Aku pandu kereta, menoleh side mirror kanan, mengangkat tangan sedikit kepada aska yang menjadi pak guard kat situ.

Melewati jalan di sebelah kananku ada MINDEF,sorotan kereta yg memenuhi jalan. Aku terus bergerak sambil menekan suis radio. Seringkali SuriaFM menjadi kegemaran kerana celoteh Dj nya yg bising dan sentiasa happy serta lagu-lagu yang diputarkan buatkan aku suka. Tapi kalau topik cam bosan je, aku pilih HitzFM. Mendengar lagu inggeris membuatkan aku lebih fresh sebab selalu sangat dengar lagu Melayu.

Baru-baru ini, bekas senior aku, Hana juga namanya bekerja sebagai reporter kat tempat aku keje. Aku senang dengan dia. So kebelakangan ini aku sering menjemput dia waktu pagi di Lrt Dato' Keramat. Dia DEAN List(DL) student, best student dalam Degree In PHOTOGRAPHY. Aku yang hanya Diploma Photography pun agak "semput" lah untuk bernafas kerana kos untuk bidang ini terlalu tinggi buat aku.huhu.

So, semalam aku pergi priview filem SEPI arahan Kabir Bhatia. Aku suka cerita ni. Sangat. Sebabnya,its tOo Meaningfull. Kisah si Adam yang belum kahwin atau bujang terlajak hinggakan aku tak tahu pula majlis perkahwinan zaman ini ada seat untuk orang yang single sahaja.hahaha. Adam single. Love at first sight pada wanita yang memakai bunga camelia pada rambut dan percaya sangat pada kekuatan cinta itu hinggakan ada suatu peristiwa yang mengubah nasib mereka. Kemudian, watak Tony Yusof yang kematian isteri dalam suatu peristiwa hingga dia tak boleh terima hakikat kematian isterinya itu lalu berlari semahunya hingga kasut yang dipakainya koyak. Terjumpa Eja kat taman membuat dia sedar Eja adalah harapannya. Dia menunggu Eja hingga akhir hayat walaupn dia tahu Eja sudah bersuami.

Kemudian watak Imaan, gadis kolej yang pakai wig(rambut palsu) yang tak sesuai pun meminati teater. Part Imaan lakonan Baizura Kahar bersama Pierre Andre dan Sein ruffedge. Aku nak tengok part ni banyak kali because...HAHAHA! korang kena tengok. Aku suka tengok part ni sebab ia berjaya buat aku SENTAP! dan tak terfikir oleh aku akan babak ini akan dimasukkan dalam SEPI. Watak Pierre sebagai Khalil yang 'shemburu' dengan Imaan.huhuhu. Aku Suka.

Aku dah penat nak ulas lagi. Filem ini tak boleh disamakan dengan citer Cinta sebab ia totally DIFFERENT. KoRang WAJIB TENGOK...sebab korang akan tau nape aku suruh korang tengok. Bagi yang tak suka or support filem Melayu, BUKALAH MATA DAN HATI ANDA untuk tengok cerita ni.

Sewaktu tengok filem Sepi, aku ternampak kelibat orang yang paling aku tak sangka akan jumpe iaitu lecturer aku, Encik Adzrool. Datang bersama tunang kot. Hurmm...dia terkejut aku akhirnya berjaya jadi fotografer kot. Aku bangkit kerana membaca buku yang dia bagi pinjam dahulu..ye,dahulu aku PASIF. Yang amat sangat. Orang yang kenal aku sebelum ini tahu siapa aku. Dan Encik Adzrool juga antara pembangkit semangat aku selain mama dan yang lain. Dia seorang yang SUPERB&GENIUS. Dia bekerja sebagai Fotografer International Magazine. Mungkin aku perlu tanam cita-cita sepertinya. Thanks a Lot En. Adzrool.^_^


WHAT I GET.

Semalam aku dapat BANYAK. Banyak pengajaran selain goodie bag.huhu. Memang setiap event dapat goodie bag. Tapi yang pasti words from Kak Akma, Belajarlah untuk Menyayangi dan bukan Belajar untuk Memiliki kerana ia hanya Pinjaman Tuhan kepada kita.

Aku suka words tu. Meaningfull. Kalau kita sukakan seseorang, jangan menaruh harap kepadanya. Tetapi hargai dirinya yang sebenar. Jika kita sayang seseorang,biar berpada kerana kelak kita tak boleh terima hakikat yang dia sudah diambil Allah.


# Tuhan...rapatkan aku bersamanya kerana dia sentiasa di alam mimpiku...

Friday, June 6, 2008

Aku Lihat..Aku Fikir..Aku Buat!

Seeing is believing...


From Left-->Right : Ain, Lia & Uni...Three Luvly CareBear yg still available...huhu.sesape yg mau,call aku je. huhu.


Picture taken by Hanna..mamarazi terlampau.

Venue: Pantai Batu Burok, Terengganu

ISO : 100 S/S : 1000 f.no : 8



COVER MAGAZINE URS YANG BARU...JULAI 2008.

JANGAN LUPE BELI...because all the pixturez taken by ME!
huhu..



Dapatkan dengan segera kat kedai sekarang!



KLCC IS EVERYwhere....
Sentiasa teguh berdiri..boleh tengok dimana-mana kat area KL ni...segala ceruk tempat seboleh nak melihat keindahan KLCC ni...huhu.