Monday, June 23, 2008

Hari Ceria.Hari Sedih.

HARI CERIA.



Sabtu, 21 June 2008...


Aku ke opis seperti biasa. Bangun pagi agak lewat..biase ar..sabtu. Lepas jemput Hana kat Lrt Dato' Kramat, aku gi opis cam selalu. Arini takde plan..nak berehat je.. Sebabnya malam tadi aku 'dating' ngan cik Bad. Dia baru balik Bangkok. Hadiahkan aku cermin sakti... kat tempat lain tak jual. Kat Bangkok aje ade jual...spesel nih... Setiap kali bukak je cermin ni, pasti kena jadi macam cite Snow White tu...sentiasa muda dan canteq.(cehh..mcmlah aku ni tua...)..




Bad baru beli Laptop..Apple Imac tu...mahal siot! huhuhu. Dia nak gi tempat yang ade wireless.. Mula-mula kitorang lepak kat McD section 26 Shah Alam. Pastu beralih ke Pak Li Kopitiam kat area Khulafa, Shah Alam pulak.. Aku naik rimas bila sekumpulan budak2 kecik pakse sume pelanggan bagi duit kat diorang. Selagi tak bagi,dia takkan tinggalkan meja.. Masalahnya dah sorang mintak,kang yang laen pon mintak gak..hangin aku. Dah tu belum cite orang buta lagi..tapi orang buta ni lebih baikkkkk daripada budak2 kecik kurang ajar tu.. Memang dasar sindiket. Nak mintak derma mestilah IKHLAS...bukan kena pakse.adooiii...


Tutup cerita pasal budak-budak tu. Aku sebenarnye dah lama tak jumpa Bad. Banyak topik kitorang share.. U know, Sharing is Caring. Tapi yang pasti aku happy sangat malam tu...huhu. Okey,cerita balik ke opis. Arini aku burn CD je. Ekcelli aku patutnya kena cover event Dara.com anjuran KArangkaf. Oleh sebab-sebab tertentu,aku tak jadi pegi. Maka tengah hari tu kebetulan ade orang ajak gi Ulu Yam untuk bermandi manda ber'picnic' time poket ngah kering ni...huhu. Ape lagi, ajak Bad sekali...huhuhu. Dah masa untk release tension.Dah la sejuk gila air, betul-betul buat aku lupa semua kerja. Segala kepenatan drive keta, kerja,badan yang sakit-sakit...


Aku benar-benar happy petang tu. Malamnya kitorang singgah makan kat MAlis Char Kuey Tiaw, fevret hotspot aku..Bad plak first time datang. Malam tu orang ramai gile. Walhal baru kul 9 pm tapi beraturnya DAHSYAT. Sampai ke tengah jalan. Then borak-borak pastu Bad ajak gi Uptown Danau Kota. Paling Besar dan best kat KL ni.. Aku pulak baru first time tau..seblum ni aku hanya tau kat Damansra, Shah Alam, Cheras je. Then anta Bad balik dalam kul 12 lebih.


................................................................................


HARI SEDIH.


Ahad, 22 June 2008...


Aku bangun sangat lewat pagi ni. Sebabnya kepenatan yang amat sangat mandi kat Ulu Yam dan kenyang makan char kuey tiaw malam tadi. Aku berpisat-pisat menggosok mata dan tengok jam kat dinding dah pukul 10.30am.. Tengok handhone takde batery. Pegilah aku charge benda tu. Alah, hari Ahad. Aku tau patutnya pagi ni aku kena pegi Zoo Negara, cover event Fashion Show under Murai.com kul 9am tadi tapi aku dah tak larat sangat. Lagipun Hana tak pegi. So, aku decide nak pegi Ruums KL ade showcase HUJAN ngan malamnye ade Konsert RTM ade POP Shuvit, Hujan, Meet Uncle Hussein.
Pagi tu agak riuh. Kehadiran family Abg Helmi dan gelak tawa airel,si botak comey tu. Tapi tiba-tiba dia muntah. Tak sihat kot,fikir aku. Yelah,budak kecil, masih lemah antibodi. Kata Mak Mertua Effa, dia mungkin kena cacing. Entahlaa...esok-esok aku kahwen ade anak pasti berlaku benda yang sama gak. Lepas breakfast aku mencapai paper Mingguan Malaysia. Tengah dok baca paper, tiba-tiba jam 11 lebih ain telefon. Dia nangis-nangis..aku dah cuakk...katanya SERI MATI.

Aku bergegas bersiap terus aje capai kunci nak balik Seremban. Walaupun poket kering, setakat RM20 lepas ar gak nak balik. Tol ngan minyak je. Kak Effa pagi tu lagi dah cakap ingatkan aku balik Seremban semalam..bukan ke aku keje hari sabtu?dan bukankah setiap kali aku nak balik Seremban aku akan bagitau dia? Takkan everyweek mesti nak balik Seremban? Lainlah aku ni kaya, gaji beriban, sure konfirm takde hal hari-hari nak balik Seremban pun boleh. Aku abaikan benda tu. Bagi aku semua tu remeh. Tak payah sakit kepala nak fikir.


Lupakan Effa. Aku memecut keretaku. Dengan 'kelembabpan' manusia yang memandu seolah-olah makan angin pada hari Ahad di Jln Tun Razak, buat aku tension. Aku beristigfar banyak kali..tenangkan diri dan memandu seperti biasa.



Aku sangat terkejut bila Ain beritahu Seri kena langgar kereta jam 11 pagi tadi...







SERI. Kucing yang paling aku sayang sekali. Dia anak kepada Mimi. Adik beradiknya hanya ada Bebot sahaja. Itulah teman gaduhnya, teman bermain sesama mereka. Umur mereka baru setahun lebih. Seri ni sangat lincah bila bersama aku. Dia adalah kucing pertama yang akan sambut aku setiap kali balik Seremban. Tidak kira bila masa samada siang ataupun tengah malam. Antara Bebot dengan Seri, aku lebih sayang Seri. Jika aku layan Bebot lebih-lebih,dia akan jeles dan akan datang kat aku..Dia juga tau yang jika aku akan balik ke KL, dia akan temankan aku sampai kat tembok tepi pagar.


Aku memang agak sukar terima hakikat jika kucing yang paling aku sayang mati. Sebabnya kami semua dah anggap mereka sebahagian daripada ahli keluarga sejak kecil lagi. Biar orang nak cakap segalanya,tapi sesiapa yang membela kucing pasti akan tau perasaan itu. Kucing-kucing tu semuanya kami dah ajar, mandikan, beli susu tepung macam budak kecil,memberi makanan yang mewah-mewah seperti Frieskies, Whiskas, Iams, Royal Cannin, siap ade peruntukan untuk makanan kucing. Bila sakit,dibawa ke hospital haiwan di Jalan Jelebu. Semua family sebelah mama dan arwah abah tahu kitorang bela dan sayang kucing sangat. Malah hinggakan harga makanan kucing naik pun kami boleh sedar dan akan membelinya di Giant, berbanding di tempat-tempat lain. Ditatang bagai minyak yang penuh, begitu sekali kasih sayang kami terhadap binatang tersebut.



Setelah setengah jam berada di highway, aku sampai ke rumah tepat jam 1 petang. Sampai saja, Ain cakap Seri kat bawah pokok pisang belakang rumah ditutupi baju buruk. Aku lihat mukanya. Kesan hentakan di kuat di jalan menyebabkan kepalanya berdarah. Badannya panas mungkin bahang waktu tengah hai. Ain cerita Along yang nampak Seri kena langgar dengan sebuah kereta Naza Kia yang di bawa laju macam b**i! Mungkin bukan dari kawasan rumah aku. Tapi mama cerita pagi tadi sebelum mama ke Rantau untuk melihat kebun kami, Seri duduk di telefon rumah mengiau pada mama. Seolah-olah mahu memberitahu sesuatu. Malangnya dua jam kemudian dia di langgar oleh manusia yang tak bertanggung jawab, tak tahu undang-undang jalan raya bahawa kawasan taman perumahan tidak boleh bawa laju. Memang b***h & bang**t!




Memang aku maki hamun tapi semuanya tak berguna lagi. Seri takkan hidup lagi. Maka tiada lagi kucing yang akan sambut aku setiap kali aku pulang.. Cangkul dan tanah telah digali oleh Along. Aku mengangkat Seri sambil dilihat oleh Bebot, Dory dan Ain. Mimi entah kemana dengan Johnny.Along yang tolong uruskan sebab aku tak dapat tahan sebak waktu itu. Suasana agak mendung waktu itu seolah-olah memahami perasaan kami yang sedang bersedih. Selesai sahaja Along uruskan, hujan selebatnya turun dengan tiba-tiba. Akan tetapi tidak lama. Hanya lebih kurang 15 minit kemudian muncul kembali matahari dan panasnya hingga ke petang. Ah, aku fikir mungkin kebetulan ia terjadi kerana sekarang musim hujan.


Aku mencari Mimi,memanggilnya namun tidak muncul. Kemudian datang Cemong, adik Johnny yang sentiasa membawa diri entah kemana merajuknya tetapi akan pulang semula ke rumah seminggu dua tiga kali sahaja. Aku memeluknya erat. Aku terlalu sedih. Mama masak lauk kegemaranku, udang goreng dan cendawan masak sup. Paan pula cuba membuat resepi baru iaitu ais krim strawberry yang kiranya samelah jugak ais krim tu macam beli kat kedai..



Aku moody arini. Sedih sangat. Dahla malamnya aku pergi keje. Tapi kerja is the best medicine for me untuk lupakan segala masalah. Kebetulan sewaktu aku bersiap nak balik ke KL, kazen aku sebelah abah datang. Katanya lama sangat tak jumpa aku. Hahaha. Tapi mereka hanya datang singgah sebentar minum secawan teh sahaja. Mama cakap kalau penat tak perlu keje malam ni tapi aku cakap kerja baik untuk tenangkan fikiran...



Malamnya, setelah habis pegi event anjuran RTM yang sungguh tiada perubahan itu, aku tido seawal jam 12.30. Akan tetapi jam 4 pagi aku terjaga kerana mimpi yang pelik. Mimi batu nisan. Oh, tidak....terlalu kerap aku bermimpi yang bukan-bukan. Aku anggap ia sebagai mainan tidurku sahaja..



Aku pasti segala ketentuan Allah ini pasti ada hikmahnya... Amin.

0 comments: