Monday, June 16, 2008

Berkelana seharian di Melaka..

DINGIN DAN EMOSI.


Sabtu lalu aku pulang ke Seremban selepas pulang dari kerja. Itu sahaja arahku untuk menenangkan fikiran. Melihatkan gelagat 'anak-anak' aku yang terlompat-lompat kegirangan menyambut aku pulang iaitu Johnny, Bebot, Seri, Mimi & Dory, lalu aku pilih si Bebot yang gemok tu ku angkat,ku peluk dan ku piat telinganya. Si Bebot menahan saje sebab aku terlalu geram dengan dia,walaupun jantan tapi kuat makan, gemok dan kuat manja.. Hanya mereka tempat aku mengadu segalanya. Mereka seolah-olah lebih memahami apa yang aku rasa..


Kokokan si Pen, ayam seramaku menimbulkan kecoh seluruh umah. Ape taknya, dia boleh terlepas masuk kat dapur. Ape lagi, mama bisinglahh....diambilnya penyapu nak di pukul si kecik tu. Aku apa lagi, penyelamat si Pen terus aku tangkap Pen dan campak ke halaman. Alahai...ciann diaa..Aku terlalu penat. Kata mama, dia nak gi jemput Ain kat rumah Lia kat Paroi. Diorang sibuk buat Apple Pie. So aku yang kepenatan, follow jer lah..Berhenti jap kat kedai jahit Jenny, mama nak tempah baju. On the way nak ke Paroi, mama cakap esok nak gi Melaka, nak tau yang mana satu Hotel Puteri kat Ayer Keroh coz hari rabu mama ade meeting guru-guru kat sana. Oleh sebab aku pernah belajar kat Melaka, maka aku kenalah jadi 'driver' mak aku besok.


Malam tu aku dah teramat mengantuk sangat hinggakan cerita yang aku nak tengok pon aku dah tak boleh nak tahan mata ni padahal baru kul 10pm. Mungkin not enough rest, aku pos terus aje masuk bilik& tido. Tapi jam 2am aku dah terjaga..Rupanya Seri bising nak masuk bilik tido ngan aku...rindu sangat kot.huhu.


.................................................


Celik je mata jam 8.30am, mama dah bangkit panggil aku suruh mandi cepat gi Melaka. Badan aku masih sakit-sakit lagi tak cukup topup tido.huhu. Nasi lemak mama, sambal sotong, keropok, ikan masin, telur rebus tak nak kuning siap terhidang. Inilah yang aku rindukan setiap kali balik rumah. Nak mama jugak masak tak kiralah apa-apa pun lauk. Kerana mamaku pandai masak daripada bubur lambuk hingga ke sup tulang sampai ke laksa Johor, segalanya tau. Cuma dia kadang-kadang saje tunjuk bakat. huhuhu. Tapi anak-anaknye sume pandai masak jugakkk...Along expert makanan western, aku hanya makanan biasa saje, lauk pauk masak lemak tu okaylah..mee kari ngan spagetti pon okay lagi.. Paan expert daripada masak megi hingga ke BBQ dan Ain lebih kepada bakery macam apple pie dia yang sedapp tu..yummy..yummy...


Menghala ke negeri Melaka yang agak lama aku tinggalkan setelah habis belajar buatkan aku terkenang pada kenangan di campus. Banyak sangat kenangan, susah senang, kawan-kawan(entah mana mereka sekarang ni...) buat aku khayal sebentar ketika memandu. Yang ikut sekali ke Melaka, mama, ain dan auntie muslimah. Suasana hujan lebat diluar membuatkan aku kesejukan. Sampai di Ayer Keroh, aku terus mencari signboard ke Hotel Puteri. Ah, senang aje...
Lepas tol terus sedikit kat depan hingga nampak petronas seblah kiri terus aje belok kiri. Mama pun dan boleh tau camne nak ke situ. Kemudian mama cakap nak ke Jusco. Aku pun drive aje ke sana.. SALE gila babas...huhuhu. Ain mencapai satu dua blaous dan aku tak punya mood lansung hanya melihat-lihat saja. Mama tahu aku sedang bersedih. Aku memang tak boleh lansung nak pikir apa-apa...aku terlalu sedih,jiwa ku kosong sangat..Mama cuba ceriakan aku dengan cuba membelikan aku baju or anything yang aku nak tapi aku yang menolaknya..
Lepas lunch, aku ajak mama semua ke Klebang. Aku perlu laut..perlukan hembusan anginnya yang menenangkan. Setengah jam perjalanan aku terkejut pantai Klebang sedang ditambak. Terlalu cepat masa berlalu. Aku ters ke hadapan lagi hingga ke tempat aku selalu lepak dahulu. Aku berhentikan kereta, mama ngan auntie nak beli kupang 3kg bersamaan RM10. Aku memilih untuk lepak di tepi tebing sambil menghembus satu keluhan yng amat dalam...segala masalahku, aku curahkan pada laut.. Biar angin membawa segala kesedihan ku pergi buat selamanya....
Lebih kurang setengah jam, aku mengajak mama pegi pekena Kueh Udang Alor Gajah pastu terus balik Seremban. Kul 5.30 ptg sampai umah, aku rilexx dulu coz mama nak masakkan aku kupang yang baru di beli tadi..kul 7.30pm baru aku gerak ke KL dengan keadaan yang amat penat..Dan sampai rumah aku terussssss mencapai teddy aku dan tidor lah aku di buai mimpi bersamanya....
Dia cuba memujuk tapi aku nekad. Aku yakin dengan jawapanku..




0 comments: