Monday, June 30, 2008

Best & TAK BEST KONSERT CORNETTO LOVE SPARK 2008

SABTU 28 JUNE 2008...

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Aku masih lagi teragak-agak samada mhu pergi atau tidak ke Konsert Cornetto dikala gaji belum pun dapat lagi tika ini. Ntah dimana Padang Merbuk pun aku tak pasti. Betapa bodohnya penganjur membuat konsert di tempat yg tak familiar lansung untuk dianjurkan konsert yang kononnya hebat sangatlah tu...cccuuuiiihhh!!



Aku dapat tau last minute yang hanya media paper,tV,yang punya pas sahaja dibenarkan masuk. Sedangkan yang laen tidak dibenarkan. Aku amat protes dgn sikap penganjur. Sedangkan mengapa waktu PC dulu beriya menjemput tapi bila konsert tak jemput pulak?mengong tull... Aku ckp kt Hana tak payah pegi je..sebabnya kita takde pas,so tak boleh masuk..Aku tanye Budiey,dia cakap nanti dia tanye camne nak dapat pas masuk tu. Si Fara Hype pun cam bengang je sebab hal ni. Atas usaha mr.Budiey berurusan dgn pihak mereka,kami akhirnya akan diberi pas juga apabila tiba disana nanti.



Jam 7.30 petang aku gerak ke sana. Melalui Jalan Parlimen aku belok ke kiri menghala ke Taman Tasik Perdana. Depan sedikit lepas traffic light,baru belok kiri lalu jalan kecil dengan papan tanda JLN.MERBUK.. Petang tadi hujan agak lebat. Aku yakin tidak ramai akan hadir malam ni. Kebiasaannya aku dibenarkan masuk untuk park keta yang dikhaskan untuk media. Akan tetapi mereka tak benarkan katanya hanya yang punya sticker saja dibenarkan park dikawasan yang disediakan. Lagipun parking didalam tu sudah penuh. Aku jadi bengang walaupun aku dan tunjuk pas media. Maka,terpaksalah aku park BNW aku kat atas bukit yang punyalah jauh...


Aku call Budiey tanya dimana mereka. Rupenya tengah berjalan dibelakang aku bersama Fara Hype. Kami terus ke tempt register. Security yg terlalu ketat siap anggota RELA lagi berada dipintu masuk. Dengan padang yang lecak akibat baru lepas hujan, aku melihat keliling...Ah, macam ramai sangat yang datang konsert malam ni...dah jam 8 lebih pun takdelah sampai seribu orang pun kat tengah padang tu. Then kena register lagi kat payung kecik lagi. Lepas register terus ke khemah untuk makan. Kelibat Kak Mitchele, Azmi, dan beberapa media laen. Aku ambil minuman yang disediakan. Oh tidakk...sirapnya teramat manis...melekat kat anak tekak aku. Makanan yang ada tersedia disitu antaranya ialah kueh mcm bendera, sanwich telur,dan beberapa kueh yang laen. Kak Mitchele yang serba pink terpakse datang walaupun tengah demam. Kesian dia...


YANG BEST.

  • Goodie bags. Diberinya camera FujiFilm yang pakai buang tu.. Camera kotak. Snap sampai habis filemnya pastu hantar kedai, cuci terus. Camera tu lepas pakai,terus buang. Ia juga dinamakan KAMERA-PAKAI-BUANG.huhuhu. Very the old skool.. Pastu dapat T-shirt saiz L, Wrist Band, Press Kit, Baju hujan. itu sahaja..




AKU-->DAFI-->GITA GUTAWA

YANG TAK BEST.

  • Takde pun makan ais krim free.

  • TERPAKSE MENAPAK JAUH NUN DIATAS BUKIT untuk ke konsert akibat keengganan organiser yg tak bagi park keta di kawasan yang disediakan.

  • Lepas konsert ade PC. Tapi media tak dibenarkan interview artis. Lepas ambil gambar artis-artis yang buat persembahan,tiba-tiba datang pulak security ala-ala macam elak rusuhan gitu masuk dalam khemah dan menyekat fotografer amik gamba seperti biasa. Reporter TV ke,paper ke,pun tak boleh interview diorang. Gile ahhh...!! Bukannya kitorang ni fans diorg pun sampai nak sekat camtu sekali. Dan yang pasti artis yang perform tu pun bukannya MARIAH CAREY sampai teruk sekali halang kitorang nak buat keje. Kalau camtu, apa guna kami datang kalau tak buat keje? Wasting time je klu stakat nak tengok konsert sebodoh itu jika tak bagi amik gamba mereka yang perform. Ade Mawi, Stacy, Mila, Gita Gutawa ngan Dafi je..Estranged entah kemana hilang.

  • Setelah media sume bising, Barulah pengajur bagi kebenaran interview artis. Itupun Dafi dan Gita je...yang lain-lain tak dibenarkan. BENGONG punye penganjur. Macamlah artis-artis ni kitorang tak pernah jumpe beriya sekat-sekat pulakkk...cuuiihh!!

AWAL ASHAARI, STACY, DAFI, GITA GUTAWA, MILA, DAN MAWI...

Setahu aku lah, Gita Gutawa tu tak feymes pun kat Indon. Ini adalah kerana terlalu ramai sangat artis hinggakan mereka tak kisah pun artis ni. Sewaktu aku ke Jakarta dulu, aku cari juga CD cetrom lagu Marcel, Ressa Herlambang, Dewa, Ungu dan beberapa yang lain. Boleh tak tukang jual CD cetrom kat Mangga Dua tu cakap artis disini terlalu ramai, jadi nggak bisa cari nama-nama mereka. Dewa tu kenallah tapi yang lain-lain tak terkenal pun..Band-band yang konon perasan feymes kat sini pun org sana tak kenal sangat..kat Malaysia pulak nak berlagak Diva. Poyo tul diorang ni. Hahahahahahaha. ^_^


Event habis lebih kurang jam 11.30pm,aku hantar Fadhil(Mangga) ngan Fara balik ke Cheras dan Pandan Indah, aku pun terus je balik rumah dengan penuh kepenatan. huhuhu.



0 comments: